cookieOptions = {have some cookies?}

Aidilfitri Disambut Hari Selasa Yang Lepas!

Wednesday, 7 August 2013 | comments





JAKARTA-- Meskipun umat Islam di seluruh Indonesia dijangka menyambut Aidilfitri secara serentak pada Khamis ini, namun sekumpulan pengikut tarekat Naqsabandiyah di Padang, Sumatera Barat sudahpun meraikannya Selasa, dua hari lebih awal.

Pengikut tarekat itu mula melaungkan takbir raya malam tadi sebagai tanda menyambut 1 Syawal 1434 Hijrah di surau Baitul Makmur, daerah kecil Pauh, Kota Padang.

Pagi tadi para pengikutnya yang dianggar lebih 5,000 orang di sekitar Padang serta Daerah Solok dan Solok Selatan menunaikan Solat sunat Aidilfitri, media tempatan melaporkan Selasa.

Setiausaha surau Baitul Makmur, Edizon berkata kumpulan itu menetapkan Aidilfitri jatuh pada 6 Ogos kerana mereka mula berpuasa sejak 7 Julai.

Mereka menggunakan kaedah perkiraan yang dinamakan hisab munjid, yang dikatakan berasal dari Mekah dan ia dilakukan dengan cara mengira 360 hari dari 1 Ramadan pada tahun lalu dan setiap tahunnya para pengikut tarekat itu selalunya berpuasa 30 hari.

Di Kota Padang, terdapat lebih 70 masjid dan surau tempat ibadat para pengikut tarekat Naqsabandiyah yang meliputi daerah kecil Pauh, Lubuk Kilangan dan Lubuk Begalung.

Pusat aktiviti kumpulan itu ialah di surau Baitul Makmur, di daerah kecil Pauh, Kota Padang.

- BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

Mohon Pautkan Link & Saya Akan Pautkan Semula :D

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ini Pentas Kita Anak Muda! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger