" Sebaik-baiknya adalah menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya
"
Walaupun cara mudah dan cepat ini sangat efisyen namun bukan semua Negeri boleh menggunakan cara ini. Negeri yang mengalakkan pembayaran zakat dengan cara ini adalah :-
1. Selangor
2. Melaka
3. Kedah
4. Perlis
5. Terengganu
6.Pahang
7. Sabah
8. Kelantan
Cara Menunaikan Zakat Fitrah Mengunakan SMS :-
MAXIS
DIGI :
SMS FITRAH to 2000
CELCOM :
SMS FITRAH to 21999
TAIP *222*3# DAN TEKAN DAIL
Pandangan Membayar Zakat Dengan Cara Ini:-
Zakat bermaksud sebahagian harta tertentu yang telah diwajibkan oleh Allah s.w.t untuk diberikan kepada mereka yang berhak menerimanya seperti yang terdapat di dalam al – Quran.
“Allah mengkehendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak mengkehendaki kesukaran bagi kamu,” (al-Baqarah: 185). Jelas di dalam kaedah dakwah Islam ada menyatakan bahawa perkara yang mudah janganlah kamu susahkan.
Sebenarnya inilah bukti Islam adalah agama yang meraikan perubahan. Inilah manifestasi fleksibeliti dalam Islam. Dengan adanya teknologi dan inovasi baru ini banyak membantu kita melaksanakan ibadah agar menjadi lebih mudah.
Di dalam amalan berzakat, ramai juga umat Islam yang terkeliru. Adakah akad iaitu lafaz niat dan lafaz terima itu satu kewajipan? Hakikatnya, zakat adalah ibadah wajib yang tidak mensyaratkan akad sebagai syarat sah. Iakukanlah amalan harus, seperti pernikahan yang mewajibkan Ijab dan Kabul (akadnikah). Maka, hukum akad dalam amalan zakat adalah sunat sahaja.
Zakat seseorang sah di sisi syariat apabila berlaku dua perkara, iaitu niat berzakat dan pemindahan harta zakat. Maka, apabila berzakat menerusi medium seperti di atas iaitu SMS atau Online, apabila niat sudah berlaku dan pemindahan pegangan harta (wang) juga telah berlaku. Maka, sahlah zakat tersebut.
Kesimpulannya, menunaikan zakat dengan pelbagai kaedah baharu ini tidaklah menjadi suatu kesalahan di sisi Islam. Ia adalah sah bahkan memudahkan urusan dengan syarat, hendaklah dipatuhi segala rukun zakatnya, iaitu niat dan berlakunya perpindahan harta zakat dari muzakki kepada mustahiq. Wallahua’lam.
Dikeluarkan Oleh:
BAHAGIAN PERHUBUNGAN KORPORAT & PEMASARANPUSAT ZAKAT MELAKA
P/S : Biasanya bayaran cuma diterima sehingga 29 Ramadhan sehingga jam 6.00 petang je ok?
Post a Comment
Mohon Pautkan Link & Saya Akan Pautkan Semula :D