cookieOptions = {have some cookies?}

BN & PR Akhirnya Dah Bersatu Hati

Tuesday 16 July 2013 | comments

Akhirnya, berkongsi pandangan juga dua pihak di Malaysia ini. Mana tahu masa akan datang, lebih banyak isu yang boleh dikongsi sama pandang dan hala tujunya.?






BN, Pembangkang Sepakat Tindakan Tegas Terhadap Pasangan Persenda Umat Islam
KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang pada Selasa sepakat menggesa tindakan tegas diambil terhadap pasangan yang mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan di laman sosial Facebook baru-baru ini.

Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) ketika menyentuh isu itu berkata tindakan tegas perlu diambil terhadap pasangan berkenaan bagi mengelak kejadian sama berlaku pada masa depan yang boleh menimbulkan ketegangan agama di negara ini.

Beliau turut melahirkan rasa kesal dan hairan dengan perilaku remaja dalam negara yang begitu liar akhir-akhir ini yang seolah-olah tidak menghormati soal agama dan kaum.

“Pasangan ini bukan contoh yang baik kepada remaja masa depan negara, mereka perlu dihukum dengan setimpal dan seberat-beratnya atas tingkah laku yang diambil.

“Saya minta pihak polis tahan mereka di lokap tiga malam, biar mereka rasa bagaimana penderitaannya, lepas itu dakwa mereka di mahkamah,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2012) 2013 pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Selasa.

Pada Isnin, Tan Jye Yee (Alvin), 25, dan pasangannya, Vivian Lee, 24, hadir di pejabat Penguatkuasaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memberi keterangan berhubung dakwaan memuat naik gambar mereka makan Bak Kut Teh berserta kapsyen yang menyentuh sensitiviti umat Islam di Facebook, Jumaat lepas.

Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) ketika menyokong, berkata semua pihak seharusnya mengambil tanggungjawab dan memandang serius perkara seperti itu kerana kesannya sangat buruk kepada negara.

“Kita harus melihat perkara ini secara menyeluruh bukan secara parti. Saya fikir gejala membangkitkan isu sensitif seperti ini harus dibendung bersama, kerana ia adalah untuk negara dan masa depan,” katanya.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menyokong berkata perkara seperti itu tidak boleh dilengahkan, siasatan segera perlu dilakukan dan tindakan diambil sebagai pengajaran kepada pihak lain.

“Saya percaya kami pakatan rakyat, sepertimana yang disuarakan Setiausaha Agung DAP (adalah) tegas, kita tidak boleh izinkan dalam negara kita mana-mana pihak sengaja bangun menghina agama Islam seperti yang dilakukan oleh Vivian dan Alvin itu atau mana-mana pihak menghina mana-mana kepercayaan agama lain sekalipun.

“Ini pendirian kita yang amat tegas yang kita laksanakan…saya tidak fikir kita patut lengahkan supaya siasatan segera dan tindakan diambil sebagai satu pengajaran. Undang-undang mesti dipatuhi, penghinaan agama tidak boleh diizinkan,” katanya.

Dalam pada itu, Bung Mokhtar turut meminta kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Duta Vatican City Ke Malaysia Biskop Joseph Marino yang mengeluarkan kenyataan berhubung penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di negara ini.

Katanya rakyat terkilan dengan duta itu yang seharusnya peka bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat.

“Saya minta kerajaan ambil tindakan tegas, usir dia dari negara ini kerana kita tidak memerlukan dia berada di sini kerana dia memecahbelahkan perpaduan, bangsa dan agama kita,” katanya.

- BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

Mohon Pautkan Link & Saya Akan Pautkan Semula :D

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ini Pentas Kita Anak Muda! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger