cookieOptions = {have some cookies?}

Pondan P.Pinang Harap Layanan Sama Rata Pada Transgender

Friday 12 July 2013 | comments (1)



GEORGE TOWN: Setiausaha Politik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bungah Teh Yee Cheu yang baru dilantik berharap pelantikan beliau dalam memegang jawatan itu dapat membuka jalan kepada layanan sama rata dalam komuniti transgender.

Hezreen Shaik Daud, 33, yang merupakan seorang transgender mengakui berdebar tetapi teruja pada masa yang sama apabila beliau memulakan tugas secara rasmi pada Isnin.

“Saya amat berterima kasih kepada YB kerana menawarkan kerja ini kepada saya dan saya bersedia untuk berhadapan dengan cabaran.

“Ia adalah sukar bagi kami untuk diambil bekerja di syarikat-syarikat maka saya berharap dengan pelantikan saya ini, kami dapat menunjukkan bahawa kami berupaya dalam melakukan tugas sebagaimana yang lain,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Hezreen, yang pernah bertugas sebagai pegawai projek dengan Persatuan Pembangunan Kesihatan Masyarakat Pulau Pinang berkata, sesetengah syarikat enggan mengambilnya bekerja kerana mereka bimbang beliau tidak mampu untuk berada di tempat kerja yang mempunyai pekerja lelaki.

“Saya hanya meminta supaya diberikan saya peluang dan saya akan melakukan yang terbaik di tempat kerja.
“Kami memerlukan penerimaan kerana kami juga manusia. Kami mahu dilayan sama rata seperti yang lain.
“YB menawarkan saya kerja ini pada awal tahun dan sekali lagi pada bulan lepas. 

Beliau memperjelaskan kepada saya mengenai skop kerja dan tugas sebagai setiausaha politik membuatkan saya memahami dengan lebih jelas,” kata Hezreen yang boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Mandarin dan Hokkien.

Bekas pelajar Sekolah Tinggi Heng Ee itu berkata, beliau telah bekerja dengan Teh untuk beberapa projek sejak beliau berada dalam persatuan itu.

Beliau merupakan pemegang Diloma dalam Teknologi Maklumat dari Informatics College.

Artikel Ini Diceduk dari : Sumber
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
15 July 2013 at 13:43

TAKEBEER PAS Pulau Pinang!

Post a Comment

Mohon Pautkan Link & Saya Akan Pautkan Semula :D

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ini Pentas Kita Anak Muda! - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger